Total Pageviews

Sunday, July 31, 2011

10 Kematian Yang Pelik

Expired On 28 August 2011Expired On 28 August 2011
Beriklan disini - Banner 550x80 (1 space left) - RM100


Entri hari Ahad ni, menyampaikan 10 senarai kematian yang tak bernasib baik dan memalukan..

Tempat ke -10 jatuh kepada :


10. Empedocles 430 BC
Punca Kematian : Terjun dalam kawah gunung berapi aktif di Mount Etna . Tujuan dia buat begitu untuk menipu pengikut-pengikutnya bahawa apabila dia terjun ke kawah gunung berapi itu, badannya akan hancur terbakar, dan seterusnya akan menjadi tuhan. Padahal pengikutnya tak terjun ikut dia pun. nah amik ko..!!



9. Pyrrhus of Epirus 272 BC
Punca Kematian : Dibunuh kerana terkejut/tergamam apabila sekeping jubin dilemparkan padanya oleh seorang makcik tua. Phyrrus ni seorang pahlawan yang agak hebat. Dia disuruh oleh Raja untuk mengalahkan Sparta. Tapi korg tau la kan Sparta macamana. lawan punya lawan, dia kalah. Dalam perjalanan pulang setelah kalah, Phyrrus yang menunggang gajah ni, rasa selamat, pasal gajah tinggi + besar. Musuh tak dapat capai. Ada la pulak sorang makcik tak puas hati pasal konflik ni, terus ambik jubin, baling dekat Phyrrus. Terkejut beruk Phyrrus ni. Lalu terjatuh dari gajah. lalu tentera musuh mengambil peluang ni untuk membunuhnya.. nasib tak baik si Phyrrus ni..



8. Eleazar Maccabeus 162 BC

Punca Kematian : Dibunuh oleh gajah yang telah dibunuhnya. Ketika peperangan Beth-zechariah, Eleazar kununnya ternampak raja musuh iaitu King Antiochus V menaiki gajah berhampiran dengannya. Dengan niat nak tunjuk hero, nak bunuh gajah raja dengan raja sekali, Eleazar ni melompat masuk bawah perut gajah, kendian ditusuknya lembing yang dibawanya tepat ke dalam perut gajah tu. Gajah tu pun hilang kawalan, lalu menghempap tepat ke atas si Eleazar nih. Eleazar mati serta-merta di tempat kejadian. Kena hempap gajah bang, kalau hidup lagi memang bertuah la bang oi.. yang lebih memalukan, raja musuh tak naik gajah tu pun. kiranya silap gajah la ni... adus. !



7. Emperor Valerian 260 AD
Punca Kematian : Dijadikan kerusi kendian di siat-siat kulitnya. Valerian dikalahkan di dalam peperangan Edessa. Dia telah dijadikan tawanan perang oleh Raja Parsi iaitu King Shapur I. Untuk memalukan Valerian ini, King Shapur telah mengarahkan Valerian ini menjadi kerusi. Jadi bila Raja Parsi ni nak naik atau turun kuda, si mamat Valerian ni lah yang akan menjadi kerusi. Lama-lama kemudian, Raja pun dah bosan, lalu Raja menyiat-nyiat kulit si Valerian ni. Kulitnya itu di campur bersama najis dan jerami, lalu dipamerkan didalam Persian temples.



6. Humphrey de Bohun 1322 AD

Punca Kematian : Disula . Humphrey de Bohun adalah seorang ahli jawatankuasa yang aktif di dalam Anglo-Norman family di London. Dia seorang yang hebat. Dia bercakap bagi pihak King Edward II. Dia mengetuai bala tentera di Battle of Boroughbridge. Macamana di disula? mcam ni ... ketika mengetuai peperangan di sebuah jambatan, dia dan bala tenteranya terperangkap dengan panahan berapi. Jadi dorg terperangkap atas jambatan tu lah. Ada lah sorang musuh ni, menyelinap masuk bawah jambatan, kendian dari celah-celah kayu jambatan tu, ditusukkan lembing nya ke arah punggung Humphrey nih hinggalah ke paras leher. Lalu matilah ia.



5. King Edward II 1327 AD

Punca Kematian : Disula jugak. King Edward II ni memerintah England selama 20 tahun (1307 – 1327). Dia ni ada sikit ciri-ciri gay. Pada malam 11 Oktober, ketika King ni tengah rilek-rilek layan mata nak tido, dia di tangkap dan diikat oleh siapa pun tak tahu, dengan besi besar yang panas, punggung nya ditusuk masuk. Lalu terbakarlah organ-organ dalaman badannya. Sadis nya.. hah gay lagi . !!



4. Humayun 1556

Punca Kematian : Terpijak jubah sendiri kemudian terjatuh ketika menunaikan solat. Humayun adalah seorang Munghal Emperor yang memerintah Afghanistan, Pakistan, dan India Utara pada 1530–1540 lagi sekali pada 1555–1556. Beliau seorang pencinta Seni dan Astronomi . Selepas keluar dari perpustakaan untuk meminjam buku, Humayun terdengar Azan, lantas beliau pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Ketika mahu rukuk, beliau terpijak jubahnya, lalu beliau pun terjatuh. Kepalanya terhantuk , beliau meinggal 3 hari kemudian.




3. Arthur Aston 1649

Punca Kematian : Dipukul sehingga mati dengan kaki palsu sendiri. Arthur Aston adalah seorang askar professional. Dia banyak membantu King Charles I dalam English Civil War. Pada September 1644, dia terjatuh dari kuda, lalu menyebabkan dia terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada kayu. Pada 1649 seorang penjahat bernama , Oliver Cromwell telah menyerang hometown si Arthur ni. Arthur ditangkap oleh tentera musuh. Tentera musuh ni pun bangang, dorg percaya si Arthut ni simpan emas di dalam kaki palsu tuh, dorg cabut kaki tuh, tengok-tengok takde apa2.. dorg marah, lalu memukul si Arthur dengan kaki palsu tu, hingga si Arthut mati. Kesian.



2. Julien Offray de La Mettrie 1751
Punca Kematian : Terlalu banyak makan. Julien seorang berbangsa Perancis. Dia seorang doktor, ahli falsafah dan juga pengasas sains kognitif. Dia yang seorang Atheist, (tidak beragama), percaya bahawa nafsu (makan, seks,enjoy) perlu digunakan sebaik-baik dlam hidup ini. Lalu dia pun mengamalkan cara hidup bebas itu. Dia mati kerana makan truffel terlalu banyak ketika pesta yang dianjurkan oleh slah seorang pesakitnya.




1. Bandō Mitsugorō VIII 1975

Punca Kematian : Meninggal dunia selepas memakan hati ikan buntal. Bandō Mitsugorō VIII adalah seorang KABUKI yang terkenal. Kabuki ni adalah satu tarian/drama yang diiktiraf sebagai harta negara oleh Jepun. Pada 16 januari, dorg sepakat ramai-ramai kluar makan. Si bando ni nak tunjuk terer, dia pesan hati ikan buntal. Chef yang memasak pada hari tu telah menasihatinya, tapi dia keras kepala. Cakap banyak tak guna,. dia mati 7 jam selepas makan hati ikan buntal tu. Hati ikan buntal penuh dengan toksin.. nah !

Saturday, July 30, 2011

10 Tempat Yang Sangat Terasing

Dry Valleys – Antartika

dry valley 1 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Lembah Kering di Antartika ini memiliki rupa bumi dengan batu kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini seperti pemandangan di Marikh. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temui di Antartika, dan tidak terdapat salji sama sekali disini , sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Di dasar lembah ini terdapat tasik ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah tasik ais ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih mengejutkan lagi adalah di dalam air tersebut ada makhluk yang hidup!

Socotra Island – Lautan India

Socotra Island 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Jika anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, Anda boleh dengan mudah untuk berbohong bahawa anda baru sahaja diculik Alien, pemandangan Pulau Socotra yang terasing dari benua terdekat, benua Afrika selama 6 atau 7 Juta tahun ini, sangat unik. Di pulau ini terdapat 700 spesies flora dan fauna paling jarang dijumpai di dunia.

Iklim dipulau ini sangat panas, dan kering. Pantai di pulau ini banyak terdapat gua, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7 km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525 meter,dan pokok usianya mencapai 20 juta tahun.

Rio Tinto – Sepanyol

lombong 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah dan aneh, sehingga pemandangan yang mirip dengan bulan. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat berasid dan tinggi kandungan logam beratnya.

Klikuk, the Spotted Lake – Kanada

klikuk 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Pada saat musim panas, air tasik ini, menyejat dan meninggalkan garam yang ada mengkristal, dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna, yang umumnya berwarna biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu merawat sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk membuat rawatan

Salar de Uyuni – Bolivia

salar de uyuni 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dan dataran gleiser, dengan berbagai kejadian fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.

Vale da Lua – Brazil

brazil 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Terjemahan dari nama tempat ini adalah Lembah Bulan, yang merupakan lembah batu yang dihakis air, dan meninggalkan banyak ‘kolam renang semulajadi’. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan yang tertua di dunia, yang terbentuk dari quartz berupa kristal.

Blood Pond Hot Spring – Jepun

jepun 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Kolam Mata Air Panas Darah, adalah salah satu ‘neraka’ di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas semulajadi yang muncul ditempat ini sangat indah, tapi mungkin tidak untuk mandi. ‘Neraka kolam darah’ ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan logam di dalamnya.

The Stone Forest – China

stone forest 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya dikenali Shilin, adalah batuan semulajadi yang dibentuk dari air yang terus menerus menerpa permukaan dan menghakis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang. Tempat ini dikenali semenjak dinasti Ming dan dianggap sebagai ‘Keajaiban Dunia Pertama’

The Richat Structure – Mauritania

eye of sahara 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) sehingga dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para saintis

Eisriesenwelt Ice Caves – Austria

gua ais 10 Tempat Yang Sangat Terasing

Eisriesenwelt 10 Tempat Yang Sangat Terasing
Gua ais ini berbeza dengan gua biasa yang ada. Apabila anda masuk, pancaran cahaya yang ada akan membuatkan anda berasa tidak berada di bumi ini, tetapi sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan dapat mencapai panjang sehingga 40km.

10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

1. Wanita yang melahirkan anak-anak dengan waktu kelahiran yang unik.
1 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa
Seorang suri rumah tangga di Michigan bernama Barbara Sopher, merayakan ulang tahun putrinya, Cearra pada tanggal 10, bulan 10, tahun 2010 (10/10/10), diikuti dengan putranya yang lahir pada tanggal 9, bulan 9, tahun 2009 (09/09/09), dan seorang lagi putrinya yang lahir pada tanggal 8, bulan 8, tahun 2008 (08/08/08). Memang benar-benar pelik, namun Barbara mengaku bahwa dia dan suaminya tidak pernah merancang pola kelahiran anak-anaknya yang unik tersebut.

2. Bayi yang lahir pada jam 1:11 pada 01.11.2011.

2 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Seorang wanita di Minnesota melahirkan anak tepat pada jam 1.11 a.m, selasa, 11 Januari 2011. Mereka melihat pada jam saat detik-detik peristiwa kelahiran putri mereka.

3. 2 wanita yang melahirkan anak di hari dan di rumah sakit yang sama.

3 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Amy Gilbert dan Allison Oliverio yang keduanya berusia 25 tahun, keduanya sama-sama melahirkan anak di rumah sakit yang sama di bilik yang bersebelahan. Proses melahirkan mereka juga ditangani oleh dokter yang sama. Amy melahirkan bayi yang dinamai Claire, dan Allison melahirkan bayi bernama Garret. Dahulu keduanya menikahi kekasih mereka di Sekolah Menengah, dan beza waktu pernikahan mereka berjarak 6 bulan.Mereka mengaku bahwa mereka tidak merancang untuk hamil bersama. Dan uniknya, beza kelahiran anak mereka berbeza waktu 14 minit, beza berat badan 14 pound, dan beza ukuran tubuh 14 inchi.

4. 5 Anggota keluarga yang dilahirkan pada tanggal yang sama.

4 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Sungguh benar-benar mengejutkan, 5 anggota dari satu keluarga lahir pada tanggal yang sama. Yang paling muda bernama Mila, yang lahir pada tanggal 29 Mac 2010. Keunikan ini dimulai 70 tahun yang lalu oleh Anita Marshall, diikuti dengan putrinya serta cucu-cucunya yang memiliki tanggal kelahiran yang sama dengan dirinya.

5. Wanita yang melahirkan dengan operasi caesar yang dilakukannya sendiri.

5 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Ines Ramirez adalah satu-satunya wanita yang diketahui melakukan operasi caesar sendiri pada proses melahirkan anaknya.Ketika itu malam sudah tiba, klinik terdekat berjarak 80 km, sementara suaminya sedang berada di kantin dan tidak ada telepon untuk menghubunginya.Di saat itu, ibu berumur 40 tahun itu terbaring di kerusi kayu, dia mengambil alkohol dan sebuah pisau dan mulai memotong perutnya.Dengan penerangan lampu seadanya, dia mulai menghiris sampai ke dalam uterus dan menarik bayi laki-laki dari dalam perutnya. Setelah memotong tali pusat sang bayi, akhirnya dia pengsan, dan setelah sedar kembali, dia menutup luka di perutnya dengan kain dan menyuruh putranya yang berusia 6 tahun untuk meminta pertolongan. Beberapa jam kemudian, seorang asisten kesehatan datang dan membawanya ke klinik dengan menempuh waktu 2 jam.

6. Wanita yang melahirkan 3 jam setelah mengetahui dia hamil.

6 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Belinda Waite, 21, telah beberapa kali datang ke rumah sakit selama 9 bulan terakhir dan dia diberitahu bahwa dia memiliki gangguan kehamilan yang serius. Kenyataannya, dia sedang mengandung seorang bayi perempuan yang sehat. Pada tanggal 6 Februari 2010, malam sebelum Louise lahir,Belinda pergi ke rumah sakit dengan sakit di seluruh tubuhnya. Pada jam 10 malam, dokter memberitahu bahwa dia hamil 3 bulan, tapi faktanya dia hamil 9 bulan, dan Louise lahir 3 jam kemudian.

7. Kembar yang lahir dengan jarak waktu 1 minit di tahun yang berbeza.

7 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Pasangan di Illionis Utara menyambut kelahiran putri mereka pada saat minit-minit terakhir 2010, dan putra mereka di minit pertama tahun 2011. Yang putri lahir pada jam 11.59 pm dan yang putra lahir 1 minit kemudian. Sang ayah, Brandon Lewis, mengatakan bahwa salah satu doktor menghitung minit-minit pada saat kelahiran tersebut.

8. Seorang ibu yang melahirkan seorang anak, lalu sepasang kembar, dan kemudian kembar 3.

8 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Seorang ibu dari New York bernama Natasha Wilson, pada awalnya melahirkan seorang anak, lalu tahun berikutnya melahirkan anak kembar. Sebelum kelahiran ke-3, ibu Natasha bergurau bahwa kehamilan berikutnya akan melahirkan kembar 3 (triplets). Dan ternyata benar, tahun berikutnya Natasha melahirkan kembar 3. Keenam anak yang dilahirkannya semuanya laki-laki, sementara Natasha berharap menginginkan anak perempuan.

9. Pasangan yang mempunyai anak kembar berlainan warna kulit, 2 kali kelahiran.

9 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Pasangan campuran dari Inggris ini mempunyai anak kembar, yang satu berkulit hitam meniru ayahnya dan satunya lagi berkulit putih meniru ibunya. Dan kelahiran keduanya juga menghasilkan kembar yang sama dengan kes yang pertama. Para ilmuwan berpendapat, bahwa memiliki 2 pasang anak kembar yang berlainan warna kulit merupakan kejadian yang sangat langka.

10. Wanita yang melahirkan bayi yang hampir seukuran dengannya.

10 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa

Seorang wanita bernama Stacey Herald yang berukuran 72 cm, melahirkan bayi perempuan berukuran 46 cm yang tidak jauh lebih kecil dari dirinya. Kehamilan membuat perutnya yang besar kelihatan lucu.”saya kelihatan seperti kentang Idaho dengan lengan dan kaki”, kata stacey.

SUMBER

pixel 10 Kisah Kelahiran Yang Luar Biasa
4 days ago by in Fakta , Info | You can follow any responses to this entry through the RSS feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave A Response

* Required

Confirm you are NOT a spammer

Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan

22553 309188292122 717722122 3651534 5202396 n 150x150 Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan

1.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Jangan terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh, pelbagaikan.

2. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya 2 cawan susu tanpa lemak. Anda juga boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

3. Tidak menjadi hal jika sesekali anda mahu menjamah snek tetapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

4. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

Sedikit Khabar Dari Neraka

 Sedikit Khabar Dari Neraka
*Gambar hiasan.

NERAKA dalam bahasa arab disebut AN-NAR, secara bahasa bererti “api”. Lafaz an-naar banyak disebutkan di dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang bererti api neraka. diantaranya ialah dalam ayat

” Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.Setiap kali mereka hendak ke luar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), “Rasailah azab yang membakar ini”.
(Surah Al-Hajj : 19-22)

-LUAS DAN KEDALAMAN NERAKA
untuk mendapatkan gambaran mengenai betapa dalamnya neraka, perhatian hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a berikut ini:
“ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suaru benda yang jatuh. Lalu nabi SAW bertanya : tahukah kalian suara apa ini? Kami menjawab : ALLAH dan RasulNYA yang lebih tahu. Nabi SAW bersabda : Ini adalah suara jatuhnya batu yang dilemparkan ke dalam neraka selama 70 tahun silam, dan sekarang baru jatuh didalam neraka” (HR. Muslim)
1. WAJAH HITAM PEKAT HANGUS TERBAKAR

ALLAH berfirman
” Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya” (Surah Yunus : 27)

“Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek” (Surah Al-Kahfi : 29)

“pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu”. (Surah Ali-Imran : 106)

2. KULITNYA MATANG DAN MENCAIR
api neraka itu membakar kulit para penghuni neraka hingga matang dan hancur. Lalu ALLAH mengganti kulit mereka dengan kulit yang lain untuk dibakar lagi, begitu seterusnya.
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-nisa’:56)

3. HATI DAN ORGAN TUBUH DALAM TERBAKAR, USUS-USUS TERBURAI
tubuh penghuni neraka yang terbakar itu tidak hanya organ luar, tetapi semua organ dalampun ikut terbakar
“sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?(iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. (Surah Al-Humazah : 4-7)

semua permintaan dan permohonan para penghuni neraka kepada ALLAH SWT ditolakNYA dengan tegas yang justru menambah kepedihan siksa mereka, sebagai mana firman ALLAH
“Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat.Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.
Allah berfirman: “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. (Surah Al-Mu’minun :106-108)

4. PENGHUNI NERAKA YANG PALING RINGAN SIKSANYA
diriwayatkan dari Abbas bin Abdul Muthalib, ia bertanya kepada Rasulullah SAW : ” ya Rasulullah apakah engkau memberikan suatu manfaat kepada Abu Thalib(bapa saudara Baginda), dia telah memelihara engkau, tapi juga memarahimu ( tidak beriman kepadamu). ” Nabi SAW bersabda ” Ya dia berada didalam siksaan yang paling ringan dari api neraka (api neraka membakarnya sampai pada kedua mata kakinya). andaikan tidak kerana saya, maka ia akan disiksa didalam jurang neraka yang paling dalam (dikerak neraka) (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda : “Seringan-ringannya siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai tetangganya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut. Gigi gerahamnya menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”.